BULAN REJAB

Posted by admin on July 4th, 2008

BULAN REJAB

Hari ini 4 Julai 2008 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab
adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab
itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa
bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

 

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas,
maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

 

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj
(Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

 

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat
kemuliaan di sisi ALLAH swt

 

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3
Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala
seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan
seksa akhirat

 

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah
permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

 

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7
pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan
dibukakan 8 pintu syurga

 

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan
mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua
kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah
(hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

 

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah
sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu
dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as
“Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang
yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan
bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw
berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa
kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah,
mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban,
mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH
swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu
berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab
nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya
“Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu
malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya
sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa
satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan
niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti
berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Orang minyak mengamuk ??

Posted by admin on June 6th, 2008

Pada masa ini,semua orang bercakap pasal kenaikan harga minyak di malaysia.wah…naik banyak tuh abey weh.

tatau nak cakap apa…

good luck utk semua rakyat malaysia.

Semoga Allah taala permudahkan segala urusan.

Tengok keadaan di pasir mas dimalam itu.

http://mohdzawi.blogspot.com/2008/06/night-of-near-mayhem.html

Laman sesawang ku yang bersawang

Posted by admin on May 30th, 2008

Wah..sudah bersawang rupanya lamanku yang sebelah sini. Di pagi jumaat yang indah ini entah mengapa hati ini terasa begitu sayu.Walau apa yang berlaku,hidup mesti diteruskan.

Dibawah ini doa yang elok kita amalkan untuk murah rezeki. Insya-Allah… :)

Ya Allah,

Sekiranya rezeki kami berada di langit,maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.

Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,dengan rahmatMu,

Wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.

Amin…

Pagi jumaat yg Indah

Posted by admin on March 14th, 2008

Salam….

Indahnya pagi jumaat ini.

Sudah anda bersedia utk meninggalkan alam ini ? ermm….entahlah.bagi saya,rasa tak bersedia lagi.amalan tak cukup lagi.dosa pun banyak.ermm…takut gak nak pikir kan.

apa-apa pun,bacalah tazkirah kat bawah.mungkin boleh melembutkan hati kita yg lalai.

Cukuplah mati sebagai penasihat

————

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”

Maka jawabnya Rasulullah saw “Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.” Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
” Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. “

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu

Di Pondok Kecil…di pantai ombak

Posted by admin on February 18th, 2008

Semasa di UUM dahulu,saya gemar mendengar lagu-lagu dikir..dan juga lagu nasyid. Di kala ini, lagu di pondok kecil seringkali bermain dalam fikiran saya. Masih ingatkah anda dengan lagu ini ?

Di Pondok Kecil
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Al-fatihah untuk ayahanda tercinta.

Posted by admin on February 13th, 2008

Feb 9,2008.Perginya ayahanda yang tercinta.

Hidup di dunia….hanya sementara…

akhirnya nafas….tidak bernyawa..

akhirat nanti…kekal selama-lama…

bait-bait di atas merupakan dikir yang didendangkan semasa aku masih belajar dan masih lagi aku ingati hingga ke hari ini.

ermm…tiada kata untuk dilafazkan disaat ini. hanya al-fatihah untuk ayahanda..semoga roh ayah ayahanda tercinta dicucuri rahmat . amin…

Testing lagi….

Posted by admin on January 31st, 2008

BlogDesk-button

testing testing……

Hello Dunia….

Posted by admin on November 9th, 2007

Hello…testing blog baru.


Copyright © 2007 my.Arejae.Com. All rights reserved.